hujan

Isnin, 28 April 2014

Teknik Ikatan

Teknik ikatan T-Knot bagi penyambungan dua atau lebih mata kail 


 


Step 1: Tie an over hand knot in your main leader without closing it. 



 


Step 2: Insert the bite leader through the loop. 


 


Step 3: Tighten the knot and leave about 20cm of loose end to tie the T-knot. 


 


Step 4: Use the loose end of the bite leader to make 5 wraps around the main leader starting from the top. 


 


Step 5: Tighten the 5 wraps. 


 

Step 6: Use the bite leader to make 5 wraps around itself at the opposite side of the over hand knot. 


 

Step 7: Do the same for the bottom part of the knot at the main leader. 


 

Step 8: Tighten the wraps and you can see the 3 sets of wraps forming a "T". 

Tip Umpan

Kelkatu efektif untuk ikan air tawar





UMPAN kelkatu (white ant) yang biasanya ditemui selepas hujan ketika waktu senja cukup digemari dikalangan pemancing ikan air tawar seperti talapia, puyu, tengas, lampam dan temakang. Asalnya terbentuk dari serangga anai-anai yang dianggap musuh utamakepada penghuni rumah dan pemilik ladang, saudaranya iaitu kelkatu sangat efektif digunakan untuk umpan ikan air tawar ini.Ciri-ciri lain pada kelkatu iaitu mempunyai dua bahagian abdomen,sepasang sesungut dan dua pasang sayap berwarna perang cerahseluruhnya, mudah tertanggal apabila terkena air atau ketika jatuh di atas tanah. Kebiasaannya habitat kelkatu boleh ditemui dalam busut atas tanah atau pokok dan kemudiannya akan terbang mencari kawasan baru untuk membina koloni barunya. Dalam koloni kumpulan ini, terdapat beberapa lapisan atau kasta yangdiklasifikasikan sebagai raja, ratu, askar dan pekerja yang mempunyai tanggungjawab penting iaitu membina sarang diperbuat daripada tanah. Di negara ini, terdapat sekurang-kurangnya 175 spesies dan 42 genera anai-anai. Spesis yang biasa ditemui adalah dalam kumpulan Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae.
Umpan kelkatu mudah dicari apabila menjumpai kumpulan berterbangan berhampiran cahaya lampu rumah atau bangunan. Cara untuk menangkapnya adalah mudah dengan mengutip serangga ini yang terjatuh berhampiran kawasan lampu tadi selepas sayapnya gugur selepas itu. Dalam arena memancing, teknik pancing menggunakan joran teleskopik sangat berkesan dengan menggunakan umpan ini. Mata kail kecil bersaiz tujuh yang dicangkukkan dari bahagian abdomen belakang hingga kepalanya. 



Anak tebuan untuk pancing puyu, haruan





.
UMPAN serangga seperti anak tebuan cukup sinonim dengan pemancing yang gemarkan memancing ikan puyu, haruan atau keli di kawasan air tawar seperti sawah padi, sungai atau paya.

Baunya yang sedikit tengik atau berbau cukup di gemari ikan yang menghidunya untuk dijadikan menu makanan utamanya. Bentuknya menyerupai larva seakan ulat beluncas serta berwarna putih ketika masih ‘bayi’ dan berwarna kehitaman apabila dewasa, dijumpai dalam kepompong sarangnya.



Katak minyak umpan haruan, bujuk




KATAK minyak yang biasanya ditemui dalam parit atau bawah daun cukup dikagumi kaki mengilat ikan air tawar seperti haruan atau bujuk yang gemar menggunakan umpan ini untuk memburu dua spesies terbabit. Selain mudah didapati, spesies amfibia yang berkaki panjang di belakang dan berkaki pendek di depannya serta berkulit perang muda pada badan dikatakan paling berkesan untuk menjerat ikan terbabit sebagai diet makanan utamanya.
Asalnya daripada telur atas permukaan air, katak minyak ini yang juga seperti katak lain akan berkembang menjadi anak berudu kemudian berubah menjadi katak dewasa apabila mencapai tempoh matangnya. Bergerak secara melompat dari satu tempat ke tempat lain dan menjadikan serangga sebagai makanannya, katak ini gemar menjadikan kawasan tanah lembap sebagai habitatnya untuk berlindung dari musuhnya.Secara amnya, spesies dari famili Anura mudah dikesan apabila mengeluarkan bunyi menguap secara berterusan ketika musim mengawan atau hujan.Di arena memancing, katak minyak bersaiz satu hingga dua sentimeter saja akan digunakan. Caranya, mata kail bersaiz enam atau tujuh dicangkuk pada bahagian duburnya hingga ke dalam perut.Cara berkesan untuk menjerat ikan haruan menggunakan katak ini, adalah gewang jenis perambut getah atau dikenali sebagai ‘janggut’ oleh pemancing tempatan akan dicangkuk pada katak itu.Umpan ini dibaling ke kawasan reba kayu dan selepas itu karauan secara perlahan dilakukan untuk meransang deria bau ikan.Di kedai akuarium, katak banyak dijual dan harganya sekitar 40 sen seekor dan mereka yang ingin mencari sendiri boleh melakukannya dengan menyuluh katak itu di sekitar kawasan padang lembap atau tebing parit, sawah atau sungai. Kini,

katak tiruan juga boleh didapati sekitar kedai menjual peralatan memancing dengan pelbagai saiz dan warna. Katak tiruan kurang efektif berbanding katak hidup, ini kerana faktor bau katak hidup dikatakan cepat merangsang spesies haruan untuk memakannya.




Buah mengkudu umpan ikan air tawar




BUAH Mengkudu atau nama saintifiknya Morinda Citrifolia, cukup sinonim dengan kaki pancing yang giat memburu ikan bersisik seperti lampam, terbol, pucuk pisang dan kaloi yang dikatakan gemarkan buah ini.

Buah berkenaan berwarna hijau atau putih susu ketika muda dan perang selepas masak. Buah ini juga mengeluarkan bau busuk seakan keju masam selepas gugur dari pokoknya.
 Lazimnya buah ini tergolong dalam famili Rubiaceae ini berbentuk sedikit melengkung dan bersaiz telur ayam dan mudah didapati di sekitar kawasan kampung, tepi sungai atau pinggir hutan. Tinggi pokoknya iaitu kira-kira empat hingga lima meter dan dahannya bengkang-bengkok serta mempunyai daun yang tebal dan hijau berkilat.

Selain digunakan sebagai umpan memancing, buah ini yang sudah dikomersialkan ini turut memiliki khasiat yang menakjubkan untuk tubuh badan bagi penggemar jusnya.
 Taburannya yang begitu banyak sekitar Asia Tenggara menyebabkan segelintir pengusaha menanamnya untuk dijadikan bahan ubat-ubatan dan kosmetik.Dalam jurnal yang dipaparkan dalam internet, khasiatnya sungguh banyak iaitu mempunyai pelbagai zat yang mampu mengekang tekanan darah tinggi serta kanser. Di arena memancing pula, cara buah mengkudu ini digunakan sebagai umpan iaitu dengan menghiris berbentuk dadu kecil.

Ketulan ini kemudiannya dicucuk seperti sate pada perambut tunggal sepanjang setengah depa.Selain itu, kaedah lain iaitu menggunakan sebiji buah mengkudu masak ranum yang dicangkukkan mata kail rambai turut berupaya menjinakkan
 ikan air tawar.Difahamkan, bau busuknya menyebabkan ikan bersisik mudah mengesannya dan masa dulu buah ini menjadi umpan pilihan bagi masyarakat kampung selain buah sawit dan buah ara.Menurut penggemar yang pernah menggunakan umpan ini, buah mengkudu masak ranum mampu menjerat ikan bersaiz lebih daripada sekilogram.Lubuk pancing di kawasan sungai semula jadi menjadi pilihan pemancing kerana selain menjadi habitat ikan bersisik ini, buah mengkudu mudah didapati di sekitar kawasan berkenaan.




Buah Ara upaya jinak kelah



BUAH Ara (Ficus auriculata Lour) juga diklasifikasikan sebagai buah hutan tempatan yang bertaburan di kebanyakan negara kita. Justeru, jenis pokok yang tumbuh dalam iklim khatulistiwa dan tropika biasanya boleh ditemui berhampiran sungai di pedalaman hutan atau pinggir kampung-kampung.
Cirinya berbentuk bawang dan kedudukan buah ini antara dua hingga sepuluh biji serangkai serta berwarna hijau sebelum masak berwarna merah ketika masak.Bahagian dalam buah ini, berongga dan dilapiskan oleh biji-biji kecil yang berwarna merah. Buah ini mempunyai satu lubang kecil pada hujungnya.Buah yang juga dalam famili Moraceae ini turut digemari binatang hutan seperti kelawar buah, tupai, monyet dan spesies ikan seperti kelah yang ratanya bersifat omnivor ini.
Terdapat kira-kira 800 spesies buah ini di dunia. Buah ara juga turut digunakan dalam perubatan tradisional kerana mengandungi bahan antioksida.Dalam arena memancing, buah ara masak biasanya dipilih pemancing tempatan kerana diakui mampu menjinakkan spesies kelah (Tor tambroides).Menurut pemancing yang biasa menggunakan buah ini, caranya dengan mencangkuk sebiji buah ini pada mata kail saiz nombor 11 dan disertakan perambut tunggal berkekuatan 30 paun Tambah mereka, balingan juga perlu ditumpukan di bawah pokok ara yang terletak berhampiran dengan sungai yang mengandungi ikan ini.Turut dikatakan buah ini hanya berkesan ketika musimnya masak untuk menjerat ikan ini dan logiknya kerana pada musim ini, ia hanya menjadi kegemaran ikan kelah ini saja dalam menu harian mereka.
Teknik Mengawal Joran



 

Tabiat sesetengah ikan terutama ikan yang bermain didasar laut atau sungai, untuk melepaskan diri ialah dengan cara melarikan diri di celah-celah batu karang atau pokok-pokok tumbang atau dicelah akar kayu. Apa yang perlu anda lakukan, cuba halang perkara ini daripada berlaku dan ia memerlukan kemahiran tertentu. Jika ikan sempat mencari perlindungan, anda akan tertewas tapi jika anda ketatkan butang tarikan pada kekili, tali akan putus. Teknik yang sebaiknya ialah:-

1. Dengan cara menjatuhkan hujung batang joran selari dengan tarikan ikan tersebut. Biarkan ikan menarik tali itu dalam keadaan lurus.

2. Selepas itu anda tarik semula tali pancing dengan mengangkat
batang joran dalam keadaan selari dengan tarikan ikan itu.

3. Perlu diingatkan, ketika anda menjatuhkan hujung joran ketika ia
menerima tarikan, acap kali ikan berkenaan akan berhenti buat seketika.
Jika keadaan seperti ini berlaku, masa itulah anda kawal ikan tersebut
dengan melawan tarikannya pula.

4. Dengan berbuat begini kemungkinan besar anda pasti berjaya
menewaskannya.

Jambatan yang menyimpan 1001 cerita Sang Pengail

Sempena cuti yang panjang berpanjangan, aku ambil kesempatan ni menjengok mak di kampung. Tetapi semasa nak berangkat balik tu aku dah sibuk2 siapkan peralatan untuk pergi berjuang dah. Selain balik nak jengok mak, aku balik pasal kenduri pak cik di Bukit Petai batu Melintang Tikam Batu. Macam biasa la, menyelam sambil minum ayaq sangat penting bagi kaki pancing ni. Kalau tak menyelam sambil minum tu rugi di kira rugi dan buang masa la.
Abis saja kenduri, aku dengan adik aku plan nak pergi memancing bawah jambatan. Dia pun dah lama tak turun mancing. Kali ni adik aku yang nombor 7 juga nak ikut. Dia ni bukan kaki mancing sangat tapi luck pergi memancing dengan dia tetap ada. 
Sampai di jambatan, aku plan nak test tiang 35 lagi tapi kata boatman Si Zam tak boleh mancing di tiang tu sebab ada jaring yang tersangkut di tiang. Mula2 kami berpecah dengan 2 orang adik tu. Aku pergi test tiang 36 tapi membangau saja. Adik aku yang pergi test tiang puaka tiang 47 juga membangau. Jadi kami ambil keputusan bergabung di satu tiang sahaja memandangkan mata apolo ada 2 sahaja itu pun ihsan pemberian pemancing lain. Apolo yang ada hanya apolo bersaiz besar sahaja. 

layan cencaru yang masuk kat tiang

Kami berubah tiang waktu dah lewat petang. Arus masih kuat. Jadi kami apolo umpan sebanyak yang boleh. Nasib baik ada tamban tetapi tamban yang kami dapat tu saiz lauk dah dan bukan saiz umpan. Dalam celah2 tamban tu ada juga cencaru yang naik tetapi saiz kecik2 sahaja. Kami lepas balik sahaja memandang tak sesuai lagi nak buat lauk. 
Petang tu, aku dapat la naikan sekor baracuda dalam saiz 2 kg sahaja menggunakan teknik flying fox. Malam tu kami membangau lagi. Tak ada ikan yang sudi meragut umpan walaupun ada nampak kelibat ikan mengambur. Tetapi sebaliknya, jiran kami di tiang 30 pulak sebalik pula ceritanya. Malam tu kami dengar berdesing2 kelili berbunyi. Pagi esok dapat la berita. Pemancing tiang 30 naikan 4 ekor ikan dan salah sekor ialah siakap seberat 9.4 kg.
alu2 guna teknik flying fox
Pagi tu aku test apolo nak cari umpan tamban. Dapat la tamban dua tiga ekor. Tengah syok layan apolo, tetiba joran apolo aku melengkung baik di henyak ikan. Dengan joran yang lembut dan mata apolo yang kecik, aku layan perlahan2 dan naik la 4 ekor cencaru saiz lauk. Aku syorkan pada adik aku supaya menggunakan mata apolo yang lebih besar dan joran yang lebih keras. Memang banyak pula cencaru yang naik pada hari tu. Apa lagi, kami layan cencaru saja la memandangkan ikan2 besar tak nak sambar umpan. 
Tengah syok layan cencaru, aku tetap juga lontar umpan kasai terutama semasa air nak beralih. Naiklah sekor jenahak makan senyap. Itu pun adik aku yang layan. Aku lontar lagi pada tempat yang sama betul2 tepi tiang nombor 33. Nasib aku baik, seekor pari tanduk pula yang sudi menjamah umpan kasai aku lagi. Kali ini adik aku yang nombor 3 pula yang layan. 
jenahak tepi tiang no 33
Sementara menunggu bot balik, kami tetap layan apolo cari cencaru. Semasa hari semakin petang, semakin kurang cencaru menyambar apolo. Semasa perjalanan pulang dalam bot tu, Zam si Boatman minta sedikit cencaru nak buat lauk. Apa pun terima kasih pada Si Zam yang sentiasa memberi tip2 tiang terbaik di Jambatan Penang.




kelong mamud Tengah (12 bilik)

Salah satu perkara yang menarik kelong tengah atau kelong besar mamud ialah ikan talang. ikan talang kebiasaannnya menyerang dalam kumpulan. Kita boleh ketahui talang masuk kelong berdasarkan bunyi atas air semasa talang mengambur menyambar anak2 ikan. Kebiasaannya talang mengambur menyambar anak2 ikan secara beramai2 dan berturut2. Jika anda melihat keadaan ini, adalah rugi jika dibiarkan sahaja.
mungkin apa yang saya tulis ni berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri. Jika ada salah dan silap berdasarkan pengalaman orang lain aku mohon maaf la ek.
Talang kebiasaannya bergerak dalam kumpulan dan aktif menyambar umpan semasa arus bergerak perlahan. Jadi kita perlu pilih hari yang sesuai dengan arus. Arus menyorong mati atau arus mula menyorong besar memang sesuai kalau nak cuba layan talang di kelong mamud. Kalau bernasib baik anda akan dapat merasakan serangan talang. Berdasarkan pengalaman aku, kalau talang masuk banyak tidak mustahil anda boleh mendapat 30 kali ke atas strike. Memang kelam kabut kalau anda memancing berseorangan tanpa bantuan kawan tertama pada waktu awal pagi hingga tengahari. Jadi tarikh yang sesuai nak mancing talang di kelong mamud adalah seperti berikut iaitu 5,6,7, 9,10,11, 19,20,21,23,24,25 kalendar hijrah dan bergantung dengan arus semasa dan setempat.

kalau kena masa dan teknik.. tidak mustahil
salah satu teknik yang biasa di gunakan oleh pemancing ialah menggunakan apolo. Apolo mata merah berbulu warna-warni paling diminati talang kelong mamud. Sebaliknya aku pula lebih suka menggunakan teknik umpan hidup. Di sini aku nak beritahu teknik menjinakan talang di kelong Mamud menggunakan umpan tamban hidup atau selar hidup.
Ikan talang memang pandai curi umpan terutama talang2 junior.Jadi, penggunaan mata kail yang kecil sebesar mata kail gelama dan perambut panjang sedepa memberikan lebih peluang anda menaikan ikan talang. Selain itu anda perlu mengetahui juga kawasan mana port utama ikan talang mencari makan samada depan atau belakang kelong. Kalau talang berada di depan kelong, kebiasaannya tidak akan ada strike di belakang kelong.
Aku harap sedikit tip ini boleh menjadi panduan buat kaki2 pancing terutama kepada mereka yang baru berjinak2 memancing di kelong Mamud.


Aku bercadang nak pergi kayak fishing di muara sungai sepang kecil. Lubuk memancing pun tak jauh dari pantai dan ada ramai orang. Jarak lubuk mancing tu antara 100 hingga 200 meter sahaja dari pantai selain airnya cetek sahaja. 
Sebenarnya, aku memang boring selepas kelas. Tak tahu nak buat apa pada waktu petang. Ingat nak pergi mancing kat jeti tapi rasa macam tak best pulak. Nak pergi berkayak sambil memancing kat tengah sikit tak ada pula orang nak teman. Bukan takut tetapi tak syok juga kalau orang kata kita ni melampau. Demi keselamatan, aku cancel kayak fishing kat tengah. Fikir punya fikir akhirnya keluar juga buah akal fikiran yang bernas.
Dengan menggunakan joran ringan dan mata apolo sahaja kerana malas nak buat perambut, aku terus bergerak ke pantai Bagan Lalang lalu singgah di kedai Pancing Ah Tong di pekan Sungai Pelek nak beli umpan pumpun.

Aku beralih memancing ke kawasan beting dan terus dapat ragutan bebolos. Baru aku tahu, rupanya bebolos duk lepak mencari makanan di kawasan beting yang cetek sahaja di manaair paras lutut sahaja. Maka apalagi, operasi aku pun bermula. Selepas seekor, seekor bebolos aku naikan. Ada yang kecil dan ada yang besar. Semuanya aku bedal masuk dalam jaring. Sambil bebolos meragut umpan ada juga ikan lain yang berselang seli dengan bebolos meragut umpan aku seperti gegerut, tetanda, belukang dan semilang.
Sesampai aku di pantai, air masih baru pasang. Waktu yang sesuai bebolos meragut umpan. Aku kayuh kayak tak jauh pun, dalam 100 meter dari pantai aku labuhkan sauh dan juga mata joran. Oleh kerana aku masih belum tahu port bebolos yang sebenar, aku asyik jumpa port buntal sahaja. Berpuluh2 ekor buntal aku naikan. Ada ketika., kesemua enam-enam mata apolo aku putus dikerjakan buntal sekali gus. Naik angin aku dengan ikan buntal ni, walaubagaimanapun ikan buntal yang aku pancing tu aku amalkan CNR 'catch and release' biar orang lain pula yang kena.. hehehe. 

 
Sambil duduk memancing tu, aku ada juga usha2 kawasan muara yang kecil dan cetek tu. Memang ada riak air menunjukan ada ikan yang lebih besar sedang mengejar anak2 ikan. Ada sekali tu, batu ladung aku jatuh berhampiran ikan besar menyebabkan ikan tu terkejut lalu mengambur dalam air. Tetapi tak pasti pula ikan apa yang berlegar2 di kawasan muara tu. Mungkin siakap, mungkin senangin atau mungkin baracuda. Kalau nak tahu juga aku kena test mancing ikan besar pula la kat sini.









2 KALI RABUT SIAKAP BESAR

siakap memang  mengendap bawah cahaya lampu di bawah kelong


















Sempena cuti maulidur rasul dan thaipusam pada Feb 2012, akunaik ke kelong. Aku pergi agak lewat iaitu pukul 1.00 pagi kerana ada urusan. oleh kerana aku naik agak lewat, aku bercadang nak tidur 2 malam di kelong. Sesampai di kelong, aku lihat gang aboy kajang dah ada atas kelong tetapi sedang tidur. Aku pun dah lama tak jumpa dia atas kelong. Aku tak peduli pasal aboy dan gangnya sebab sibuk bagaimana nak mencari umpan di tengah malam ni. Selepas pasang rod dan reel, aku cuba apolo ikan terbeliak mata di bawah lampu depan tangga kelong. Selalunya ada ikan terbeliak mata yang sudi menyambar apolo tetapi malam tu, entah kenapa tak ada sekor pun terbeliak mata mengena apolo. Aku tukar stail, aku capai tangguk lalu tunggu atas tangga kelong. nasib aku baik, aku dapat tangguk sekor cumit dan sekor sotong katak. Nampaknya aku dah dapat umpan baik untuk malam ni.Sedang aku asyik tenung dalam air menunggu cumit dan sotong katak, aku terpandang bayangan seekor siakap besar sepanjang tangga kelong duduk lepak baik bawah tangga kelong bawah lampu. Aku dah biasa tengok siakap tu selalu lepak bawah tangga tetapi aku tak peduli sangat. Entah macam mana, malam ni aku nak try koyan pulak yang sentiasa aku bawa tetapi tak pernah guna.Dalam duk sibuk memasang koyan, Aboy kajang dah bangun, aku minta ngan dia sekor tamban untuk di pasang pada koyan. Setelah pasang umpan, aku gantung koyan atas permukaan air betul2 atas kepala siakap tu. Tak lama kemudian, aku nampak siakap tu dah mula agresif seperti mengejar tamban pada mata koyan.Tak sampai 10 minit, aku nampak siakap tu dah ngap tamban , apa lagi aku terus henjut koyan dan cuba menarik ke atas supaya muka siakap timbul atas air. sangkaan aku meleset sekali, bukan aku yang henjut siakap tetapi siakap tu yang henjut tangan aku. Sampai pedih tangan aku menahan asakan siakap tu. Memang kuat betul siakap menghenjut. Aku masih cuba bertahan supaya siakap tu tidak lari ke tiang, tetapi sayang tetiba mata kail kau ercabut dari mulut siakap tu. rasa menyesal dan kecewa pun ada kerana saiz mata kail yang aku guna tak cukup besar berbanding saiz siakap tu. aku agak paling kurang dalam 10 kg berdasarkan panjang dan saiz. Bagaimanapun, aku terus pasang umpan baru kerana aku pernah dengar siakap balun koyan semula walaupun dah rabut dari koyan. Walaupun pasang umpan yang baru, aku tak excited sangat dengan koyan kerana siakap tu dah rabut. Aku pergi memeriksa joran2 aku yang lain. dalam 10 minit kemudian, aku terdengar Aboy kajang terjerit2 meminta tangguk kerana koyan yang baru aku pasang tadi dah mengena. Seperti aku, Aboy pon gagal menarik muka siakap tu ke atas air sebaliknya siakap tu yang menariknya. Seperti tadi juga siakap tu rabut kerana mata kail pada koyan tak sepadan dengan saiz ikan. Melepas 2 kali siakap besar pada malam tu. ungkin rezeki mata aku melihat siakap pada mata kail saja. Kata2 penyedap hati bagi orang yang kecewa.


REKOD 4 HARI 3 MALAM ATAS KELONG


ikan yang aku pancing jadi lauk  di atas kelong

Sempena cuti Tahun Baru Cina 2012, aku memang tak ada pakej bawa pemancing di kelong. Oleh kerana cuti aku panjang, terasa sanghat boring lalu ajak bini aku turun kelong. Lagi pun aku ada dengar kawan dari KL turun memancing iaitu Man Mamak. hati pun teringin berjumpa dengan dia kerana dah lama tak jumpa. Sesampai di Kelong Pozi, dah agak ramai pemancing. Aku tengok Si Man pon ada bersama anak dan 2 orang adiknya. Kata Si Man bahawa dia dah rabut 3 kali dikerjakan ikan alu2.
Pada hari tu, umpan susah sangat nak dapat kat kelong kerana laut bergelora di pukul angin barat dan di tambah lagi dengan arus yang sangat perlahan sedangkan kalau mengikut jadual air pasang surut, air agak tinggi dan besar.
Malam pertama tu, aku dan pemancing lain jadi bangau sajalah. Kerja aku hanya cari umpan yang tak dapat2. Esoknya Si Man ajak aku stay satu malam lagi kerana dia cuti panjang dan boring katanya duk kat rumah. Aku setuju saja, bagai mengantuk disorongkan bantal. Malam kedua juga begitu walaupun aku dapat juga guna umpan tamban hidup.Aku hanya dapat menaikan seekor tetanda dan juga seekor ebek dalam 700 gram. Petang tu, aku pun kemas baranglah kerana umpan susah dapat dan juga ikan tak masuk atau ikan balik kampung sambut tahun baru cina.

Sedang aku mengemas barang, pembantu toke kelong menyampaikan khabar, bahawa Pozi suruh aku stay satu malam lagi kerana ada pemancing vvip nak masuk kelong. Dia minta aku tolong layan pelanggannya memancing. nak buat macammana, nak tolak benda pulak yang aku suka. Aku stay satu malam lagi lah atas kelong walaupun isteri aku dah merungut kerana kulitnya dah terbakar dan kemerahan. 4 hari 3 malam merupakan rekod aku yang paling lama duduk atas kelong. Aku tak terasa bosan kerana memancing ni memang aku minat dan ada pulak kekawan yang boleh berborak. Memang syok tetapi kulit aku dah jadi macam macha.. kata isteriku. macha pun macha la.. janji hensem. hahahahahaha..... hensem macam kunta kinte.
BERAYA BAWAH JAMBATAN PULAU PINANG.

view jambatan penang dari atas bot


Sempena cuti raya aidifitri 2012 yang agak panjang, aku mengambil keputusan untuk tinggal lama sikit di kampung.Yang sebenarnya aku memang ada plan nak pergi memancing bawah jambatan pulau pinang Jadi aku beraya di Selangor dulu kerana perlu ambil hati isteri aku. Raya kedua aku pun balik ke Baling. Sesampai di rumah mak aku sahaja, salah seorang adik aku yang bukan kaki pancing telah bertolak untuk memancing di tuas Yan. Bukan main terbakar hati aku apabila mendengar khabar sebegini. Nak jadi cerita pula, salah seorang adik aku yang dikenali dengan panggilan Alang mengajak aku memancing di bawah Jambatan Penang. Apa lagi, aku yang mengantuk disorongkan bantal. Kecik tapak tangan, dulang aku tadahkan. Walaubagaimanapun, aku terpaksa beraya dulu lebih kurang dengan saudara mara. Kalau tak tak tentu pasal kena leter dengan mak aku. Aku selalu ingat ungkapan mak aku "Balik jauh2 semata2 nak memancing lebih baik tak payah balik." 
Apabila dah beraya lebih kurang, aku dengan Alang bertolak awal pagi ke lapang sasar memancing di bawah jambatan Penang. Walaupun awal, tetapi ada insan kemaruk memancing yang lebih awal telah sampai di Jeti Sg Batu. Dalam perjalanan ke bawah jambatan, aku tengok dah ramai pemancing di tapak jambatan. Menurut botman atau lebih dikenali Pak Ali, ada pemancing yang sudah 3 hari duduk bertapa memancing sempena cuti raya. Ada juga kaum cina yang ambil kesempatan cuti raya memancing bawah jambatan Penang. Reputasi ikan bawah jambatan Penang yang selalu menghairahkan telah menjadikan lebih ramai pemancing bertapa di bawah jambatan. Alang memilih memancing tiang nombor 27 manakala aku mengikut sahaja. Lagipun Alang memang mahir memancing bawah jambatan penang kerana dia tinggal di Kuala ketil dan tidak jauh dari jambatan Penang. 



seaview bandaraya Georgetown dari tapak memancing
Pada hari kami sampai, arus laut agak perlahan dan carus yang baik untuk memancing tetapi sayang kerana agak keruh. Sesampai sahaja kami terus mengisi kolam umpan dengan air dan anak2 ikan bilis. Selain itu terdapat juga beberapa ekor tamban dan bersia yang dapat di apolo. Dari pagi hingga malam tu, hanya gelama dan duri sahaja banyak menghabiskan umpan anak bilis. Walau bagaimanapun seekor anak kerapu, anak GT dan seekor jenahak junior telah berjaya dinaikan. Malam tu, aku tengok alang banyak menghabiskan sisa2 malam dengan tidur sahaja. aku sahaja yang sekali sekala bangun lalu menukar umpan tetapi tetap tiada hasil langsung. Hanya duri dan gelama yang sudi mengcangkuk diri pada mata kail.
Keesokan pagi, air laut agak jernih dan bersih. Alang telah menaikan 4 ekor jenahak junior lagi. Ada sekali tu, kekilinya berdesing nyaring tetapi sayang kerana rabut setelah batu ladungnya tersangkut pada karang bawah tapak jambatan.

setiap tiang jambatan penang ada lubuk tersendiri. kena cari la...


 Tuah Seorang Pemancing

Blog Tuah Seorang Pemancing adalah rangkuman peristiwa trip memancing yang dijalankan baik di sungai atau laut untuk menjejak spesis yang terdapat didalamnya seperti siakap merah, siakap putih, baby GT, barracuda, dan sebagainya menggunakan kaedah casting, bottom fishing, jigging dan lain-lain kaedah dalam kategori memancing.