REKOD 4 HARI 3 MALAM ATAS KELONG
|
ikan yang aku pancing jadi
lauk di atas kelong
|
Sempena cuti Tahun Baru Cina 2012, aku memang
tak ada pakej bawa pemancing di kelong. Oleh kerana cuti aku panjang, terasa
sanghat boring lalu ajak bini aku turun kelong. Lagi pun aku ada dengar kawan
dari KL turun memancing iaitu Man Mamak. hati pun teringin berjumpa dengan dia
kerana dah lama tak jumpa. Sesampai di Kelong Pozi, dah agak ramai pemancing.
Aku tengok Si Man pon ada bersama anak dan 2 orang adiknya. Kata Si Man bahawa
dia dah rabut 3 kali dikerjakan ikan alu2.
Pada hari tu, umpan susah sangat nak dapat kat
kelong kerana laut bergelora di pukul angin barat dan di tambah lagi dengan
arus yang sangat perlahan sedangkan kalau mengikut jadual air pasang surut, air
agak tinggi dan besar.
Malam pertama tu, aku dan pemancing lain jadi
bangau sajalah. Kerja aku hanya cari umpan yang tak dapat2. Esoknya Si Man ajak
aku stay satu malam lagi kerana dia cuti panjang dan boring katanya duk kat
rumah. Aku setuju saja, bagai mengantuk disorongkan bantal. Malam kedua juga
begitu walaupun aku dapat juga guna umpan tamban hidup.Aku hanya dapat menaikan
seekor tetanda dan juga seekor ebek dalam 700 gram. Petang tu, aku pun kemas
baranglah kerana umpan susah dapat dan juga ikan tak masuk atau ikan balik
kampung sambut tahun baru cina.
Sedang aku mengemas barang, pembantu toke kelong
menyampaikan khabar, bahawa Pozi suruh aku stay satu malam lagi kerana ada
pemancing vvip nak masuk kelong. Dia minta aku tolong layan pelanggannya
memancing. nak buat macammana, nak tolak benda pulak yang aku suka. Aku stay
satu malam lagi lah atas kelong walaupun isteri aku dah merungut kerana
kulitnya dah terbakar dan kemerahan. 4 hari 3 malam merupakan rekod aku yang
paling lama duduk atas kelong. Aku tak terasa bosan kerana memancing ni memang
aku minat dan ada pulak kekawan yang boleh berborak. Memang syok tetapi kulit
aku dah jadi macam macha.. kata isteriku. macha pun macha la.. janji hensem.
hahahahahaha..... hensem macam kunta kinte.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan