2 KALI RABUT SIAKAP BESAR
siakap memang mengendap
bawah cahaya lampu di bawah kelong
|
Sempena cuti maulidur rasul dan thaipusam pada
Feb 2012, akunaik ke kelong. Aku pergi agak lewat iaitu pukul 1.00 pagi kerana
ada urusan. oleh kerana aku naik agak lewat, aku bercadang nak tidur 2 malam di
kelong. Sesampai di kelong, aku lihat gang aboy kajang dah ada atas kelong
tetapi sedang tidur. Aku pun dah lama tak jumpa dia atas kelong. Aku tak peduli
pasal aboy dan gangnya sebab sibuk bagaimana nak mencari umpan di tengah malam
ni. Selepas pasang rod dan reel, aku cuba apolo ikan terbeliak mata di bawah
lampu depan tangga kelong. Selalunya ada ikan terbeliak mata yang sudi
menyambar apolo tetapi malam tu, entah kenapa tak ada sekor pun terbeliak mata
mengena apolo. Aku tukar stail, aku capai tangguk lalu tunggu atas tangga
kelong. nasib aku baik, aku dapat tangguk sekor cumit dan sekor sotong katak.
Nampaknya aku dah dapat umpan baik untuk malam ni.Sedang aku asyik tenung dalam
air menunggu cumit dan sotong katak, aku terpandang bayangan seekor siakap
besar sepanjang tangga kelong duduk lepak baik bawah tangga kelong bawah lampu.
Aku dah biasa tengok siakap tu selalu lepak bawah tangga tetapi aku tak peduli
sangat. Entah macam mana, malam ni aku nak try koyan pulak yang sentiasa aku
bawa tetapi tak pernah guna.Dalam duk sibuk memasang koyan, Aboy kajang dah
bangun, aku minta ngan dia sekor tamban untuk di pasang pada koyan. Setelah
pasang umpan, aku gantung koyan atas permukaan air betul2 atas kepala siakap
tu. Tak lama kemudian, aku nampak siakap tu dah mula agresif seperti mengejar
tamban pada mata koyan.Tak sampai 10 minit, aku nampak siakap tu dah ngap
tamban , apa lagi aku terus henjut koyan dan cuba menarik ke atas supaya muka
siakap timbul atas air. sangkaan aku meleset sekali, bukan aku yang henjut
siakap tetapi siakap tu yang henjut tangan aku. Sampai pedih tangan aku menahan
asakan siakap tu. Memang kuat betul siakap menghenjut. Aku masih cuba bertahan
supaya siakap tu tidak lari ke tiang, tetapi sayang tetiba mata kail kau
ercabut dari mulut siakap tu. rasa menyesal dan kecewa pun ada kerana saiz mata
kail yang aku guna tak cukup besar berbanding saiz siakap tu. aku agak paling
kurang dalam 10 kg berdasarkan panjang dan saiz. Bagaimanapun, aku terus pasang
umpan baru kerana aku pernah dengar siakap balun koyan semula walaupun dah
rabut dari koyan. Walaupun pasang umpan yang baru, aku tak excited sangat
dengan koyan kerana siakap tu dah rabut. Aku pergi memeriksa joran2 aku yang
lain. dalam 10 minit kemudian, aku terdengar Aboy kajang terjerit2 meminta
tangguk kerana koyan yang baru aku pasang tadi dah mengena. Seperti aku, Aboy
pon gagal menarik muka siakap tu ke atas air sebaliknya siakap tu yang
menariknya. Seperti tadi juga siakap tu rabut kerana mata kail pada koyan tak
sepadan dengan saiz ikan. Melepas 2 kali siakap besar pada malam tu. ungkin
rezeki mata aku melihat siakap pada mata kail saja. Kata2 penyedap hati bagi
orang yang kecewa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan