|
kelong mamud Tengah (12 bilik)
|
Salah satu
perkara yang menarik kelong tengah atau kelong besar mamud ialah ikan talang.
ikan talang kebiasaannnya menyerang dalam kumpulan. Kita boleh ketahui talang
masuk kelong berdasarkan bunyi atas air semasa talang mengambur menyambar anak2
ikan. Kebiasaannya talang mengambur menyambar anak2 ikan secara beramai2 dan
berturut2. Jika anda melihat keadaan ini, adalah rugi jika dibiarkan sahaja.
mungkin apa
yang saya tulis ni berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri. Jika ada
salah dan silap berdasarkan pengalaman orang lain aku mohon maaf la ek.
Talang
kebiasaannya bergerak dalam kumpulan dan aktif menyambar umpan semasa arus
bergerak perlahan. Jadi kita perlu pilih hari yang sesuai dengan arus. Arus
menyorong mati atau arus mula menyorong besar memang sesuai kalau nak cuba
layan talang di kelong mamud. Kalau bernasib baik anda akan dapat merasakan
serangan talang. Berdasarkan pengalaman aku, kalau talang masuk banyak tidak
mustahil anda boleh mendapat 30 kali ke atas strike. Memang kelam kabut kalau
anda memancing berseorangan tanpa bantuan kawan tertama pada waktu awal pagi
hingga tengahari. Jadi tarikh yang sesuai nak mancing talang di kelong mamud
adalah seperti berikut iaitu 5,6,7, 9,10,11, 19,20,21,23,24,25 kalendar hijrah
dan bergantung dengan arus semasa dan setempat.
|
kalau kena masa dan teknik.. tidak mustahil
|
salah satu
teknik yang biasa di gunakan oleh pemancing ialah menggunakan apolo. Apolo mata
merah berbulu warna-warni paling diminati talang kelong mamud. Sebaliknya aku
pula lebih suka menggunakan teknik umpan hidup. Di sini aku nak beritahu teknik
menjinakan talang di kelong Mamud menggunakan umpan tamban hidup atau selar
hidup.
Ikan talang
memang pandai curi umpan terutama talang2 junior.Jadi, penggunaan mata kail
yang kecil sebesar mata kail gelama dan perambut panjang sedepa memberikan
lebih peluang anda menaikan ikan talang. Selain itu anda perlu mengetahui juga
kawasan mana port utama ikan talang mencari makan samada depan atau belakang
kelong. Kalau talang berada di depan kelong, kebiasaannya tidak akan ada strike
di belakang kelong.
Aku harap
sedikit tip ini boleh menjadi panduan buat kaki2 pancing terutama kepada mereka
yang baru berjinak2 memancing di kelong Mamud.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan