BERAYA BAWAH JAMBATAN PULAU PINANG.
|
view jambatan penang dari atas bot
|
Sempena cuti raya aidifitri 2012 yang agak
panjang, aku mengambil keputusan untuk tinggal lama sikit di kampung.Yang
sebenarnya aku memang ada plan nak pergi memancing bawah jambatan pulau pinang
Jadi aku beraya di Selangor dulu kerana perlu ambil hati isteri aku. Raya kedua
aku pun balik ke Baling. Sesampai di rumah mak aku sahaja, salah seorang adik
aku yang bukan kaki pancing telah bertolak untuk memancing di tuas Yan. Bukan
main terbakar hati aku apabila mendengar khabar sebegini. Nak jadi cerita pula,
salah seorang adik aku yang dikenali dengan panggilan Alang mengajak aku
memancing di bawah Jambatan Penang. Apa lagi, aku yang mengantuk disorongkan
bantal. Kecik tapak tangan, dulang aku tadahkan. Walaubagaimanapun, aku
terpaksa beraya dulu lebih kurang dengan saudara mara. Kalau tak tak tentu
pasal kena leter dengan mak aku. Aku selalu ingat ungkapan mak aku "Balik
jauh2 semata2 nak memancing lebih baik tak payah balik."
Apabila dah beraya lebih kurang, aku dengan
Alang bertolak awal pagi ke lapang sasar memancing di bawah jambatan Penang.
Walaupun awal, tetapi ada insan kemaruk memancing yang lebih awal telah sampai
di Jeti Sg Batu. Dalam perjalanan ke bawah jambatan, aku tengok dah ramai
pemancing di tapak jambatan. Menurut botman atau lebih dikenali Pak Ali, ada
pemancing yang sudah 3 hari duduk bertapa memancing sempena cuti raya. Ada juga
kaum cina yang ambil kesempatan cuti raya memancing bawah jambatan Penang. Reputasi
ikan bawah jambatan Penang yang selalu menghairahkan telah menjadikan lebih
ramai pemancing bertapa di bawah jambatan. Alang memilih memancing tiang nombor
27 manakala aku mengikut sahaja. Lagipun Alang memang mahir memancing bawah
jambatan penang kerana dia tinggal di Kuala ketil dan tidak jauh dari jambatan
Penang.
Pada hari kami sampai, arus laut agak perlahan
dan carus yang baik untuk memancing tetapi sayang kerana agak keruh. Sesampai
sahaja kami terus mengisi kolam umpan dengan air dan anak2 ikan bilis. Selain
itu terdapat juga beberapa ekor tamban dan bersia yang dapat di apolo. Dari
pagi hingga malam tu, hanya gelama dan duri sahaja banyak menghabiskan umpan
anak bilis. Walau bagaimanapun seekor anak kerapu, anak GT dan seekor jenahak
junior telah berjaya dinaikan. Malam tu, aku tengok alang banyak menghabiskan sisa2
malam dengan tidur sahaja. aku sahaja yang sekali sekala bangun lalu menukar
umpan tetapi tetap tiada hasil langsung. Hanya duri dan gelama yang sudi
mengcangkuk diri pada mata kail.
Keesokan pagi, air laut agak jernih dan bersih. Alang telah menaikan 4 ekor jenahak junior lagi. Ada sekali tu, kekilinya berdesing nyaring tetapi sayang kerana rabut setelah batu ladungnya tersangkut pada karang bawah tapak jambatan.
Keesokan pagi, air laut agak jernih dan bersih. Alang telah menaikan 4 ekor jenahak junior lagi. Ada sekali tu, kekilinya berdesing nyaring tetapi sayang kerana rabut setelah batu ladungnya tersangkut pada karang bawah tapak jambatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan