|
Jambatan yang menyimpan 1001 cerita Sang Pengail
|
Sempena cuti
yang panjang berpanjangan, aku ambil kesempatan ni menjengok mak di kampung.
Tetapi semasa nak berangkat balik tu aku dah sibuk2 siapkan peralatan untuk pergi
berjuang dah. Selain balik nak jengok mak, aku balik pasal kenduri pak cik di
Bukit Petai batu Melintang Tikam Batu. Macam biasa la, menyelam sambil minum
ayaq sangat penting bagi kaki pancing ni. Kalau tak menyelam sambil minum tu
rugi di kira rugi dan buang masa la.
Abis saja
kenduri, aku dengan adik aku plan nak pergi memancing bawah jambatan. Dia pun
dah lama tak turun mancing. Kali ni adik aku yang nombor 7 juga nak ikut. Dia
ni bukan kaki mancing sangat tapi luck pergi memancing dengan dia tetap
ada.
Sampai di
jambatan, aku plan nak test tiang 35 lagi tapi kata boatman Si Zam tak boleh
mancing di tiang tu sebab ada jaring yang tersangkut di tiang. Mula2 kami
berpecah dengan 2 orang adik tu. Aku pergi test tiang 36 tapi membangau saja.
Adik aku yang pergi test tiang puaka tiang 47 juga membangau. Jadi kami ambil
keputusan bergabung di satu tiang sahaja memandangkan mata apolo ada 2 sahaja
itu pun ihsan pemberian pemancing lain. Apolo yang ada hanya apolo bersaiz
besar sahaja.
|
layan cencaru yang masuk kat tiang
|
Kami berubah
tiang waktu dah lewat petang. Arus masih kuat. Jadi kami apolo umpan sebanyak
yang boleh. Nasib baik ada tamban tetapi tamban yang kami dapat tu saiz lauk
dah dan bukan saiz umpan. Dalam celah2 tamban tu ada juga cencaru yang naik
tetapi saiz kecik2 sahaja. Kami lepas balik sahaja memandang tak sesuai lagi
nak buat lauk.
Petang tu,
aku dapat la naikan sekor baracuda dalam saiz 2 kg sahaja menggunakan teknik
flying fox. Malam tu kami membangau lagi. Tak ada ikan yang sudi meragut umpan
walaupun ada nampak kelibat ikan mengambur. Tetapi sebaliknya, jiran kami di
tiang 30 pulak sebalik pula ceritanya. Malam tu kami dengar berdesing2 kelili
berbunyi. Pagi esok dapat la berita. Pemancing tiang 30 naikan 4 ekor ikan dan
salah sekor ialah siakap seberat 9.4 kg.
|
alu2 guna teknik flying fox
|
Pagi tu aku
test apolo nak cari umpan tamban. Dapat la tamban dua tiga ekor. Tengah syok
layan apolo, tetiba joran apolo aku melengkung baik di henyak ikan. Dengan
joran yang lembut dan mata apolo yang kecik, aku layan perlahan2 dan naik la 4
ekor cencaru saiz lauk. Aku syorkan pada adik aku supaya menggunakan mata apolo
yang lebih besar dan joran yang lebih keras. Memang banyak pula cencaru yang
naik pada hari tu. Apa lagi, kami layan cencaru saja la memandangkan ikan2
besar tak nak sambar umpan.
Tengah syok
layan cencaru, aku tetap juga lontar umpan kasai terutama semasa air nak
beralih. Naiklah sekor jenahak makan senyap. Itu pun adik aku yang layan. Aku
lontar lagi pada tempat yang sama betul2 tepi tiang nombor 33. Nasib aku baik,
seekor pari tanduk pula yang sudi menjamah umpan kasai aku lagi. Kali ini adik
aku yang nombor 3 pula yang layan.
Sementara
menunggu bot balik, kami tetap layan apolo cari cencaru. Semasa hari semakin
petang, semakin kurang cencaru menyambar apolo. Semasa perjalanan pulang dalam
bot tu, Zam si Boatman minta sedikit cencaru nak buat lauk. Apa pun terima
kasih pada Si Zam yang sentiasa memberi tip2 tiang terbaik di Jambatan Penang.